Senin, 03 Maret 2014

Video Sidang Media Aeril Dan Wawa Zainal


DI bawah ini merupakan dua buah video yang diperoleh menerusi laman Instagram bintang nasyid, Hafiz Hamidun.

Hafiz dikatakan mengendali serta menguruskan majlis sidang media penjelasan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berhubung isu perkahwinan mereka yang diadakan di Neo Damansara, semalam.

Pada majlis itu, kelihatan Aeril seperti diasak oleh para media yang hadir serta mahukan penjelasan sewajarnya daripada tuan punya badan berhubung isu hangat ini.

Sebelum ini, Aeril bermati-matian menafikan dirinya sudah bernikah dengan Wawa namun semalam kedua-duanya sudah pun mengaku mereka merupakan pasangan suami isteri yang sah.

Mereka bernikah kali pertama pada 25 Februari 2012 dan kali keduanya pada 4 Februari tahun ini.

Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu di Roopi Medical Center, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar